Isnin, 16 September 2013

Untuk kau yang disana :)

Aku harap dia dengar, pekikan aku yang bisu
Ingin menyatakan bahawa aku rindu
Sepi tanpa dia yang selalu membelenggu
Merantai jasad dan jiwa 
Aku tetap mengagau ke hadapan
Namun belakang selalu jua datang menghampiri
Anggap semuanya telah terpateri
Jangan paksa disingkap lagi

Renungan sayu melihat awan dan langit
Berbisik berseorangan 
Mengadu merintih bahkan meminta
Tidak berkesudahan
Si polan kau boleh cakap aku gila
Persetankan kerana ini kebahagiaan aku
Walaupun telah direntap
Dengan zalim tusuk hati yang 
paling dasar
Kini luka parah
Berdarah tapi harus dikenang
Tidak mahu menjadi barah

Biar aku dianggap sewel
Selagi rindu awan dan langit menemani aku
Pengubat dan penawar yang setia
Hingga kini
Aku selalu bermunajat untuk si dia yang aku cintai :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan